Percakapan Ukhti dan Akhi

Wahai ukhti. Pilihlah lelaki baik yang mampu menjadi IMAM untukmu dan AYAH bagi anak-anakmu, Bukan sekadar menjadi pasanganmu semata-mata.Jangan mencari isteri, carilah ibu untuk anak-anak. Jangan mencari suami, carilah ayah untuk anak-anak.

Wahai Akhi....

Aku bukanlah Bidadari...
Yang turun dari syurga untuk kau nikahi..

Aku tak sempurna,
melainkan penuh dengan lumuran dosa..

Aku tak cantik,
secantik para idola zaman sekarang yang mementingkan penampilan..

Aku tak moden,
semoden para wanita lainnya yang elegan dalam bergaya..

Aku tak seksi,
seseksi para remaja sekarang mengikuti trend zaman..
kerana aku bukan mereka..

Aku tidaklah sempurna, hanya akan berusaha untuk mencapai kesempurnaan..
Yang sederhana dengan apa yang dipunya..

Yang tak seindah bidadari di syurga..
Yang tak sekaya dan semulia ibunda Khadijah ..
Yang tak secerdas dan setaqwa ibunda Aisyah..
Yang tak sesabar dan selembut ibunda Fatimah..
Ataupun Secantik Zulaikha...

Aku bukanlah wanita sempurna....
Sungguh tak sempurna...
Namun aku akan belajar dari mereka..

Aku hanyalah wanita akhir zaman yang berusaha menginginkan peribadi lebih baik..

Peribadi yang belajar makna zuhud..
Peribadi yang mengharap keradhaanNya..
Peribadi yang hanya mementingkan pandanganNya..
Peribadi yang mengharapkan cinta kasihNya..
Peribadi yang sederhana..

Kerana aku bukanlah bidadari yang engkau dambakan..
Aku hanyalah wanita sederhana...

Ukhti.... semua milik Alloh saya tulus dengan Ukhti Untuk Membina rumah tangga yg sakinah mawaddah dan wahrohmah..

Amiennn ... Akhi... semoga kau dapat menjadi imamku.

Amien ukhti.

Search : Percakapan Ukhti dan Akhi, Ukhti Sholehah, Imam Terbaik
Like Me: Facebook Twitter Google+ Linkedin Technorati Digg

Renungan

Feedage Grade B rated